Friday, January 13, 2017

Kerana Allah




Dalam pencarian ke Moscow, banyak aktiviti yang dirancang. Ini termasuk Vietnam challenge yang dianjurkan oleh JPlatinum. Fully sponsor termasuk duit shopping hokay!!
.
Power Progress Booklet diwajibkan untuk masuk ke Vietnam challenge ini. Pagi tadi aku menyusun aktiviti untuk next 2 weeks dan sempat juga belek-belek booklet ini. Pada kulit depan, ada terpampang 'BIG WHY'. Aku kena tulis apa big why aku.
.
Terpikir seketika mencari big why. Sebenarnya sampai saat itu aku pon tak tahu apa yang aku nak capai. Aku teringat kepada Hj Abas, seasoned logistic expert, yang banyak memberi nasihat kepada aku dahulu. Pernah bersama-sama ke Itali untuk meeting berkenaan logistic dengan vendor dan logistic provider.
.
Soalan yang sangat mudah, Hj Abas menyoal kepada aku,"Kenapa kau kerja?". Aku menjawab,"Duit!"."Salah!" jawab Hj Abas.
.
Aku terpinga-pinga. Dia menyambung, " Kerana Allah!". Tersentak aku seketika. Astagfirullah, apa lah yang aku pikir selama ni. Benda semudah ini pon aku tak paham.
.
Kalau kita buat sesuatu perkara kerana makhluk, kita akan jadi penat.
Kalau kita buat kerana Allah, insyaAllah istiqamah hingga ke jannah.
.
Ameen!



No comments:

Post a Comment