Saturday, August 20, 2016

Pengalaman Encik Engineer dengan Public Mutual

Saya nak berkongsi pengembaraan saya bersama Public Mutual. Diharap semua pembaca akan dapat belajar serba sedikit dari pengalaman saya ini. InsyaAllah.



Saya bermula sebagai investor pada tahun 2010. Consultant saya adalah kawan saya. Itupun setelah dipaksa oleh dia. 😅😅😅
Syukurlah kawan saya paksa saya, kalau tidak saya tak tahu pon kebaikan invest dalam Public Mutual ni. Saya invest pakai EPF waktu tu. Saya serahkan bulat2 kat kawan saya. Tak ambil tahu pon apa yg berlaku. Setiap 3 bulan mmg alihkan dari EPF ke Public Mutual.

Patuh syariah ke Public Mutual ni? Kan under Public Bank? Saya ambil fund yg patuh syariah, di bawah pemantauan Securities Commission (SC). InsyaAllah lepas tanggungjawab kita mencari yg halal.

5 tahun berlalu, saya terpanggil untuk mencari formula untuk mengembangkan tabungan saya. Saya buat research (baca: pakai gugel jek) dan mendapati pengetahuan saya tentang pelaburan amatlah sedikit. Jadi saya berazam untuk menjadi Islamic Financial Planner (IFP) untuk kegunaan diri sendiri dan juga, insyaAllah berkongsi ilmu dgn org lain nanti. 

Tapi macam mana nak jadi IFP? Kena ada 3 tahun pengalaman dlm bidang kewangan dan kena belajar 6 module.  Macam mana engineer nak ada pengalaman yg mcm tu?

So, the easiest way is to be a unit trust consultant. Takkan nak jadi banker pulak kan? Hihi. 

So saya pon research pulak company mana yang paling best utk join sebagai consultant. Terjumpa satu blog yang mengenai macam mana nak jadi agen Public Mutual. Tanpa membuang masa, saya contact owner blog dan dia pon menghubungi saya. 

Alhamdulillah, saya telah menghubungi agency yang paling hebat di Public Mutual JB, JPlatinum diketuai oleh Kak Norlela. Setelah lulus CUTE exam pada August 2015, saya telah sah menjadi Public Mutual consultant.

Sebelum mengambil exam, saya telah belajar macam2 berkenaan pelaburan dan saya baru tahu kesalahan saya paling besar dalam kewangan. 
Jangan simpan duit dalam akaun simpanan, sebab semakin lama disimpan semakin kecil nilainya. Pulangan lebih kurang 1.5% setahun tak dapat menangkis inflasi 3-4% setahun. Basic knowledge ni pon saya tak tahu sebelum ni. 😅😅😅

Saya bermula dengan menguruskan pelaburan saya sendiri. Dan pada tahun 2016, saya telah menjadi full time Public Mutual UT & PRS consultant. Nak tahu apa benefitnya?

Opkos yg pertama sales commission. Ada sales, ada gaji. Gaji dibayar pada 7hb setiap bulan. Sikit atau banyak terpulang kepada usaha anda sendiri. Tapi jgn risau, di JPlatinum, ada ramai mentor2 yang membimbing, baik di Whatsapp group, FB group, weekly meeting, coaching session, dan macam2 lagi. 
Sekiranya tak tahu, cuma bertanya dan ramai yang akan menolong. 👍👍👍

Lagi best, ada percutian percuma. Opkos ada syarat2 nya la kan. Takkan senang2 aja nak bagi free. Ye dak? Tahun 2017 ada Barcelona, Seoul, dan Macao. Pilih sahaja yg mana berkenan dan berusahalah bersungguh2. Anda akan dilayan bagaikan selebriti ketika percutian percuma itu. Best kan? Duduk di hotel yang mewah, bukan hotel bajet kalau kita bercuti sendiri. Makan di tempat yang selebriti makan, dan byk lagi yang istimewa ketika percutian di bawah Public Mutual. 

Ada lg best tak? Ada. 😍😍😍. Kat Public Mutual ada career benefit. Apa tu career benefit? Senang cakap pencen. Sebab apa pencen ye? Sebab tak yah buat apa2, goyang kaki pon duit masuk. 

Career benefit dibayar setiap bulan di atas Asset Under Management (AUM). AUM ni adalah segala pelaburan yg diuruskan oleh agen. Selagi pelabur tak bawa keluar duit, selagi itu career benefit akan dibayar. 

Best ke best?

Sebahagian daripada keluarga besar Southern JPlatinum. 


Semoga semua pembaca dapat manfaat dari coretan saya ini. InsyaAllah. 

No comments:

Post a Comment