Mesti ramai yang tertanya-tanya, boleh ke aku ada duit RM 1 Juta?
Agak-agak macam mana ye nak kumpul duit sebanyak tu dengan kerja makan gaji. Cukup bulan harimau mengaum.
Sedangkan sekarang pon ngam-ngam je, macam mana pulak nk simpan duit.
Sebenarnya, boleh, bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Langkah pertama, dan yang paling penting. Simpan dahulu, belanja kemudian. Bak kata orang kampung saya, save first, spend later.
Eh, boleh ke buat camni? Nanti kalau tak cukup makan macam mana. Tuan-tuan dan puan-puan, langkah ini telah dicuba dan diuji berjaya.
Konsepnya adalah, sekiranya kita dah simpan dahulu, baki duit kita akan jadi kurang sedikit, dan otak kita secara automatiknya akan mengawal kehendak kita. Sekiranya baki duit itu habis sekalipun, tak menjadi masalah sebab kita dah simpan awal-awal lagi. Cubalah untuk bulan depan dan insyaAllah anda akan lihat hasilmya.
Mesti anda tertanya-tanya, nak simpan berapa sebulan ye untuk jadi jutawan.
OK, di sini anda kena tanya diri anda dahulu, anda nak jadi jutawan pada anda umur berapa tahun?
45? 50? 55?

Contoh, pada umur 56 tahun, umur sekarang dan berapa banyak kena simpan setiap bulan
Sekiranya umur 25 tahun, hanya perlu menyimpan 675 sebulan untuk jadi jutawan pada umur 56 tahun, manakala umur 35 tahun, perlu menyimpan 1,652 untuk objektif yang sama.
Mana saya boleh simpan duit sebanyak tu? Sekiranya tak jadi jutawan pon, setengah jutawan pon OK jugak kan? :)
Mulakan dengan jumlah yang selesa dahulu setiap bulan. Jangan bertangguh. Kalau ada bonus boleh top up sikit. Kalau ada kenaikan gaji boleh allocate 50-75% untuk tambah simpanan bulanan.
Langkah kedua adalah yang paling senang. Ikut plan asal anda. JANGAN usik simpanan ini. TUNGGU sehingga masanya. Umur 56 atau 1 Juta. Yang mana lebih awal.
Nampak senangkan? Memang senang pon.
Lagipon pakai EPF pon boleh. Lagi senang tak payah pakai wang tunai.
:)
Semoga bermanfaat!!