Thursday, December 22, 2016

URUSAN SERI PADUKA BAGINDA




Sampai di rumah ada surat bertanda ' Urusan Seri Paduka Baginda'.
.
Alhamdulillah, bakal client memulangkan borang untuk membuat simpanan bulanan. Gembira rasanya dapat membantu bakal client untuk menyimpan dalam instrument patuh shariah.
.
Marilah semak diri sendiri
Akaun simpanan, shariah?
Akaun semasa, shariah?
Loan kereta, shariah?
Loan rumah, shariah?
Perlindungan, shariah? (Takaful?)
Kad credit, shariah?
Pelaburan, shariah?
.
“Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu.” (Al Baqarah: 278-279)
.
#ingatankepadadirisendiri



Sunday, December 11, 2016

TAKAFUL PERCUMA HANYA DENGAN MELABUR?




Ada ke orang yang tak suka benda percuma?
.
Saya ada tawaran istimewa, percuma perlindungan takaful sehingga RM 450,000 dengan hanya melabur RM150,000?
.
Bukan itu sahaja, percuma penulisan wasiat lagi!
.
Tak percaya?
Anda yang rugi
.
Tak nak?
Ramai lagi yang nak
.
Dah tahu?
Kenapa tak buat lagi
.
Tunggu tahun depan?
Saya tak rugi
.
Ismadi
UT & PRS Consultant
0172020306
.
#financialplanning
#unittrust



Tuesday, December 6, 2016

. MEE GORENG KEGEMARAN ISTERI TUAN IHSAN?




Mungkin kah? Yang pasti menjadi kegemaran isteri Tuan Ismadi. 😜😜😜
.
Mee goreng Mahbooba ini telah menjadi kegemaran saya juga sejak 2005. Ye lah, sejak berkenalan dengan isteri saya. 😍😍😍
.
Restoren Mahbooba ini terletak betul-betul di pekan Kapar. Memang lejen tahap dewa. Rasa yang sangat konsisten dan memukau selera.
.
Tapi saya bukan nk cerita pasal kesedapannya yang telah terbukti sejak dahulu lagi, saya nak share pasal harganya.
.
Pada 2005, mee goreng lejen ini hanya berharga RM2.50. Pada tahun 2016, RM4. Waaaa. 60% tu kenaikan untuk 11 tahun, 5.45% setahun.
.
Begitulah kesan inflasi terhadap hidup seharian kita. Itu baru pekan Kapar. Bagaimana pula di kota metropolitan? Sama kah 5.45% setahun?
.
Bayangkan bila kita berumur 55 tahun nanti, agaknya berapa ya harga mee goreng Mahbooba ni?
.
Sudahkah anda mempunyai simpanan persaraan yang cukup untuk hidup selesa selepas 55 tahun dan dapat menikmati lagi mee goreng Mahbooba ini?
.
Tips: Kalau nak beli kena tapau dalam kertas, macam dalam gambar. Kalau dalam bekas polisterin, rasanya tak best. Selamat mencuba!!
.
UT & PRS Consultant
Ismadi
0172020306
.
#tanyasaya
#nasihatkewanganpercuma
#isterituanihsan
#nakjugakhashtag
#naktapaukenatapausayapunyasekali



Monday, December 5, 2016

EMEL DARI PPA MALAYSIA?




Seperti biasa, membelek-belek handphone pagi-pagi selepas sarapan dan membaca emel dari PPA Malaysia tentang reminder untuk tax relief.
.
Apa itu PPA Malaysia?
PPA adalah Private Pension Administrator Malaysia, di mana PPA menjadi admin untuk PRS (Private Retirement Scheme). Tugas PPA adalah untuk mempromosi PRS, mengumpul data-data ahli PRS, dll.
.
Apa itu PRS?
PRS adalah Private Retirement Scheme, di mana mempunyai fungsi serupa seperti EPF, tetapi lebih flexible.
PRS menggalakkan semua orang menyimpan untuk persaraan.
.
Tahukah anda dengan gabungan EPF dan PRS anda boleh dapat lebih tax relief/deduction, sama ada anda adalah majikan ataupon pekerja?
Untuk pekerja up to RM9k dan untuk majikan up to 19%?
.
UT & PRS Consultant
Ismadi
0172020306
#tanyasaya
#nasihatkewanganpercuma



Thursday, December 1, 2016

ANDA TAKUT? BACA KISAH INI...




Saya bercuti di Langkawi selama beberapa hari dan sempat menaiki Langkawi SkyCab. Sebenarnya saya takut pada ketinggian, tapi melihatkan betapa ramainya orang yang berduyun-duyun menunggu giliran untuk naik SkyCab, kenapa saya perlu takut?
.
Ada cab yang mempunyai crystal floor. Oh, ni lah yang Nora Danish naik. Takpelah, bagi free pon tak nak. Hahaha.
.
Tiba giliran saya sekeluarga untuk naik, dan ada lagi seorang pelancong menyelit bersama-sama. Dia ambil pakej express lane. Lahir di US dan membesar di UK. Tips dia untuk hilangkan ketakutan adalah minum sebotol beer sebelum naik SkyCab. Hahahaha. Not for me.
.
Setelah agak tinggi, pemandangan sangat indah kelihatan dan sukar diungkapkan dengan kata-kata. Patutlah ramai orang berpusu-pusu menaiki SkyCab ini. 😍😍😍
.
Ini boleh disamakan dengan pelaburan dalam unit trust. Prospek yang belum pernah melabur dalam unit trust akan merasa takut, tetapi dalam masa yang sama ingin tahu kenapa berjuta-juta pelabur melabur dalam unit trust.
.
Apabila prospek bertukar menjadi pelabur, barulah tahu pahit manisnya pengalaman melabur dalam unit trust.
.
Unit Trust & PRS Consultant
Ismadi
0172020306
.
#publicmutual
#jplatinum
#committedtothejourney
#am2018



Sunday, November 27, 2016

Saturday, November 26, 2016

Anda mahukan yang terbaik untuk anak anda?




.
Anda mahukan yang terbaik untuk anak anda?
.
Anda sudah bersedia financially?
.
#educationplanning
#publicmutual
#jplatinum



Wednesday, November 23, 2016

TEKNIKAL ENTRI: Kenapa FVF penting dalam pemilihan dana?




Ini bukan perbandingan dana mana yg lebih untung. Ini adalah untuk berkongsi ilmu bagaimana menggunakan FVF dalam pemilihan dana yang sesuai dengan profail risiko kita.
.
FVF, Fund Volatility Factor, dikeluarkan oleh Lipper Analytics. Ini adalah untuk menentukan berapa julat ( tinggi - rendah ) kadar keuntungan/kerugian sesebuah dana. Semakin tinggi nilainya, semakin tinggi julatnya, semakin tinggi keuntungannya atau kerugiannya.
.
Bagi pelabur yang boleh menerima kadar risiko yang tinggi, bolehla melihat pada dana yang mempunyai nilai FVF yang tinggi, dan begitulah sebaliknya.
.
Sebagai contoh, dana yang berwarna merah dan berwarna hijau.
.
Merah - FVF 8.3
Hijau - FVF 6.7
Saham yang dipegang adalah lebih kurang sama.
.
Jadi bagi mereka yang tidak boleh menerima kerugian yang besar, dinasihatkan untuk memilih dana berwarna hijau, begitulah sebaliknya.
.
Semoga bermanfaat
.
#teknikal
#publicmutual
#jplatinum



Sunday, November 6, 2016

PENING SEBAB STAFF ASYIK BERHENTI KERJA




Kepada HR personnel yang mempunyai masalah
-staff asyik bertukar ganti
-asyik latih pekerja baru
-nak ikat hati staff supaya setia dengan syarikat
-nak bantu syarikat mendapat penolakan cukai yang lebih
.
Saya ada caranya
.
Pasti majikan anda suka dengan proposal anda nanti
.
Ismadi
UT & PRS Consultant
0172020306



Thursday, November 3, 2016

UBER PROMO



Want to know more? Ask me and click this link

http://partners.uber.com/i/1gmag6ctue



JOINT FIELD WORK DENGAN EXPERT




Dah lama dah dengar kehebatan akak-akak kebaboom ni, akhirnya dapat jugak witness kehebatan diorang close sale on the spot secara santai
.
Siap tolong bagi kad dan panggil untuk explain pasal cash investment dengan Public Mutual
Memang superb la akak-akak kebaboom ni
.
Saya doakan akak-akak ni dapat capai Million Dollar Producer untuk tahun ni
Ameen!!
.
#committedtothejourney
#publicmutual
#jplatinum
#gam2018



FOCUS




F  =  Follow
O  =  One
C  =  Course
U  =  Until
S  =  Successful
.
#committedtothejourney
#publicmutual
#jplatinum
#gam2018



Wednesday, November 2, 2016

LAST MINUTE




Saya sebagai rakyat Malaysia sejati, juga terjebak dalam budaya last minute ni
.
Study last minute, masa belajar
Sahur last minute, kes bangun ngam2 sebelum Subuh
Buat kerja last minute, just before dateline
Cari tax relief last minute
.
Yang last tu saya boleh bantu anda dapat tax relief up to RM3000
.
Tanpa membeli barang
.
Dengan hanya menyimpan
.
Saya ada caranya
.
Ismadi
UT & PRS Consultant
0172020306



5 LANGKAH UNTUK PEMBELI ONLINE BIJAK




Saya suka membeli barang online, terutamanya barang-barang elektronik. Sebab harga yang murah dan jimat masa tak payah nak keluar ke kedai.
Antara barang-barang yang saya pernah beli online adalah
-Handphones (termasuk yang saya pakai sekarang)
-Wifi Router
-Modem 4G USB
-Simkad special.
-Charging cable
-Buah tunjuk langit!!
-dan banyak lagi
.
Jadi, untuk jadi pembeli online yang bijak
.
1- APA yang anda nak beli?
Kena tahu secara terperinci,i.e. Model, specification, warna, etc.
Ini sangat penting kerana anda mungkin terpesong membeli barang yang anda tidak perlu.
.
2- SIAPA yang menjual?
Cari 3 penjual online yang memenuhi kehendak anda. Tak kisah la kat Lelong ke, Lazada ke, Mudah ke, blog ke, FB ke, Insta ke, dll
.
3- YANG mana satu?
Buat perbandingan dari segi feedback pembeli. Ini tersangat penting untuk mengelakkan tertipu. Sekiranya terdapat keraguan, terus berhubung dengan penjual untuk mendapat penjelasan
.
4- BAYAR dan TUNGGU
Apalagi, bayarlah dan beri details secukupnya. Fahami kaedah penghantaran. Jangan marah pada penjual sekiranya lambat sampai. Semak dengan syarikat penghantaran dahulu
.
5- BERI feedback
Ini juga penting. Setelah anda puas hati dengan barang yang dibeli, berilah feedback yang bagus kepada penjual. Semoga penjual mendapat lebih ramai pembeli dari feedback anda.
.
#pembelionlinetegar
#sokongpeniagaonline



Monday, October 24, 2016

A DAY IN KUCHING WITH JB SR BRANCH MANAGER AND STAFFS 221016




After a great team-building day, we changed to holiday mood. Yeay!!
After a loooooong discussion, finally, we got our itinerary right. Starting with breakfast at the most famous Laksa Sarawak in town, just behind our hotel
Then we go to again to Kek Lapis Dayang Salhah to buy more and more!! Hahaha!!
Visit Pasar Satok again to get some of Terubuk Masin, Laksa Sarawak's paste and a set of Mee Kolok's ingredient.
After that, we go to Jong Crocodile Farm and Semenggoh Wildlife Centre.
Then, we go back to the city to get more of souvenir.
Last stop is Top Spot (UTC) to taste the most famous seafood eatery place in Kuching
.
I never imagined to have a trip to Kuching with my Public Mutual friends and staffs. It was so fun and unforgettable experience
Lets do this together!!
See you at the top!!
.
#committedtothejourney
#publicmutual
#jplatinum
#gam2018



Sunday, October 23, 2016

FIRST EVER INTER-BRANCH PUBLIC MUTUAL TEAM BUILDING JB & KUCHING 211016




I am so proud and grateful because involved in a small history of Public Mutual
Starting with a good relationship between Sr Branch Manager of two branches, and then collaborating to make an awesome team building session that based mostly on AA system (bayar sendiri2)
.
Starting with pick up at airport, we were welcomed by Mr Jones and the famous GAM from Kota Bahru branch, Mr Wong KM
Short briefing on Mass Recruitment by Mr Wong KM was done nicely
We were surprised that in the pick up car of Ms Ng are ready with enough supply of mineral water! We were so thirsty OK! 😜😜😜
.
Reached Kuching's office, breakfast was ready and very very satisfying too!! Also JB staff bring the famous kek pisang from JB for us!! First time for me to taste the kek pisang also!!😅😅😅
.
A detailed station game (treasure hunt alike) were planned by staff with using Whatsapp and car pool concept
The stations and tasks were hot spot and Kuching's famous items, like kek lapis, Pasar Satok, laksa Sarawak, etc
Kudos to Kuching team, especially to Kak Ruza and Aishah for their hospitality showing us around the great Kuching City
.
Finished at 4.30pm, we got some rest before Halloween themed night
.
At 6.30pm, we started with delicious dinner. Some staff looks busy preparing midin and terung asam. So nice!!
Both team doing great shows and followed by fantastic games, it was a night to remember!!
😍😍😍
And we tasted midin and terung asam that freshly prepared!! 👍👍👍
.
Sharing session from both team inspired us to achieve more in Public Mutual.
Last sharing by Ms Fui Fui about Infinity Group was really meaningful and we can feel their energy and commitment towards this career
"Stand up for the champions"
.
Surprise for the night was a mug that beautifully prepared by staffs!! Kudos to all fantastic staffs!!
Their commitment and dedication towards this event were superb!!
.
This event will be told to our associates/downlines/business partners/friends again and again and again as part of Public Mutual's history
May all of us reunite again in one fine day!!
😍😍😍
.
Thanks Kuching!!!!
.
.
#committedtothejourney
#publicmutual
#jplatinum
#gam2018



MARKET MACAM MANA SEKARANG?




Soalan yang biasa didengar dari prospek
.
Biasanya, kita semua takut rugi, takut duit habis, takut duit hangus
.
Pernah tak dengar buat untung bila kita beli, bukan bila kita jual? Apa maksud dia?
.
Beli pada harga rendah, below market value
.
Agak2 kalau market tengah down, anda nak ke simpan ke dalam unit trust?
.
Kenapa tak nak, kan below market value?
.
#committedtothejourney
#publicmutual
#jplatinum
#gam2018



Tuesday, October 18, 2016

PRACTICE PRACTICE PRACTICE




Ini kisah saya bawa anak saya pergi temujanji dengan pakar di HSI
.
Kali pertama, saya hanya dtg bersama anak lelaki saya. Sampai hospital dalam pukul 8.30am, tak expect kena queue lama untuk bayar RM5. Last-last kena tunggu lama untuk turn dan anak dah meragam. Hanya separuh ujian dapat dijalankan, terpaksa cancel dan set temujanji lain.
.
Kali kedua datang bersama isteri, sampai dlm pukul 8.30am jugak. Bila nak bayar RM5, baru sedar tarikh temujanji esok rupanya!!
.
Kali ketiga, barulah dapat menyelesaikan semua ujian dan habis pada pukul 3pm!! Lama jugak bertapa kat situ.
.
Kali keempat, temujanji dgn speech therapist, sampai awal 20 minit dan hanya mengambil masa satu jam.
.
Kali kelima, repeat ujian lagi. Kali ni sampai dalam pukul 7am lebih. Parking byk kosong dan jadi patient first. Pukul 9am settle. Alhamdulillah.
.
Practice make perfect kan?
.
Next temujanji Feb 2017
.
#committedtothejourney
#publicmutual
#jplatinum
#gam2018



NO1 TAK SEMESTINYA PALING BAGUS




Anda setuju dengan kenyataan di atas?
.
Kalau anda setuju, sila namakan orang kedua terpantas di dunia selepas Usain Bolt
.
.
.
.
Tyson Gay. Saya kena tanya kawan baik saya, atok gugel untuk jawapan ini
.
Saya tanya balik, anda setuju ke dengan kenyataan di atas?
.
#committedtothejourney
#publicmutual
#jplatinum
#gam2018



RM1 JUTA? BANYAK SANGAT TU...




Kebanyakan antara kita tidak sedar bahawa selepas kita bersara, rata-rata kita memerlukan lebih RM1 juta untuk perbelanjaan selepas bersara
.
Tak percaya?
.
Anda bukan keseorangan. Tetapi jika anda telah melihat Financial Needs Analysis anda sendiri, barulah anda percaya
.
Saya boleh tolong anda menjalankan analysis ini dengan PERCUMA
.
DM/PM/Whatsapp
0172020306
.
Yes, PERCUMA. Tak percaya lagi? Cuba save no saya dan Whatsapp saya
.
#committedtothejourney
#publicmutual
#jplatinum
#gam2018



Saturday, October 15, 2016

EFFORT DAN RESULT. MANA LEBIH PENTING?




Selepas briefing berkenaan Tic Tac Toe game level 2 yang dianjurkan Public Mutual JB Branch pada Jumaat lepas, sempat bersembang dengan GAM Marhalis Hasan.
.
Walaupun sesi sharing Rabu lepas telah dibuat oleh dia, saya tetap tak jemu mendengar lagi dan lagi celoteh dia. Sgt banyak ilmu yang dicurahkan untuk panduan saya dan kawan2.
.
Paling utama, matlamat kita hidup di atas dunia adalah untuk menambah nilai ke dalam hidup orang lain.
.
Manusia hanya dinilai pada result oleh manusia lain.
.
Manusia dinilai pada effort oleh Allah.
.
Mana yang lebih penting?
.
#committedtothejourney
#publicmutual
#jplatinum
#gam2018



SIFU FACEBOOTH




Bersama Sifu Facebooth!!



GULA OVERLOAD




Mentor saya selalu ajar bina rapport dengan prospek. Macam mana nak bina rapport?
.
Gula overload, yes, boleh kena diabetes tahap dewa
.
Mulakan dengan pujian, kata-kata manis, sebelum pergi ke next step. Tapi macam mana kalau pujian tu tak ikhlas? Tak salah ke?
.
Positive words akan menimbulkan aura yang baik, dan begitu juga sebaliknya. Jadi, kalau tak ikhlas pon, dapat mempositif kan keadaan pon dah sangat bagus kan?
.
#committedtothejourney
#publicmutual
#jplatinum
#gam2018



TAK MAU MASUK SEBAB RUGI ADA CAJ 5.5%




Kenapa ada caj ye nak masuk Public Mutual?
Kami menyediakan perkhidmatan kewangan professional di mana agen kami menjalani latihan dan mempunyai lesen dari FIMM untuk mengagihkan dana-dana kami.
.
Dana ini juga diuruskan oleh pengurus dana yang berkelayakan dan berpengalaman. Ijazah mereka adalah dari universiti terkemuka yang diiktiraf di seluruh dunia dalam bidang ekonomi. Dan bukan ijazah mechanical engineering, atau komputer sains,ok.
.
Tapi kalau anda nak susah payah tengok carta setiap minit, nak tentukan bila nak beli, bila nak jual, kalau rugi macam mana nak buat, silakan sinsing lengan masuk gelanggang bursa saham.
.
Cuba anda pergi masuk dalam bursa saham, dan rasai sendiri berapa banyak caj hanya untuk sekali pembelian dan penjualan satu kaunter saham. Bayangkan untuk 50-60 kaunter.
.
Anda masih rasa rugi lagi ke?
.
#committedtothejourney
#publicmutual
#jplatinum
#gam2018



Tuesday, October 11, 2016

BUAH BETIK BUAH DURIAN




Ini adalah sambungan dari post yang sebelum ini
.
Mana satu yang anda paling teruja nak makan?
.
Hasil dari penantian 5 tahun yang berbaloi, lagi lama lagi "kaw".
.
Ini boleh disamakan dengan unit trust, simpanan jangka masa sederhana dan panjang. Memang lama, tapi hasilnya berbaloi.
.
Saya sengaja buat sambungan sebab gambar pokok tu macam tak best. 😅😅😅
.
#committedtothejourney
#publicmutual
#jplatinum
#gam2018



DUIT BOLEH HANGUS KE MASUK DALAM NI?




Ini adalah soalan yang biasa saya dapat sewaktu sesi penerangan dengan prospek.
Saya jawab,"Boleh".
.
Prospek terdiam sebentar melihat saya.
Saya teruskan,"Boleh hangus sekiranya semua syarikat-syarikat yang sahamnya dipegang oleh sesebuah dana itu muflis. Cuba tengok saham syarikat mana yang dipegang oleh dana ini dan berapa banyak syarikat yang ada."
.
Prospek jawab,"Takkan syarikat XYZ ni boleh muflis, kan kita semua pakai xxxx hari-hari."
.
Bagaimana dengan dana yang anda pilih, saham-saham syarikat apakah yang terdapat di dalamnya?
.
#committedtothejourney
#publicmutual
#jplatinum
#gam2018



POKOK BETIK POKOK DURIAN




Apa perbezaan antara pokok betik dan durian?
.
Pokok betik berbuah selepas setahun ditanam. Dan begitulah setiap tahun.
Manakala pokok durian, kena tunggu 5 tahun baru lah dapat RAJA BUAH. Dan setiap tahun RAJA BUAH akan mengeluarkan hasil sehingga pokoknya ditebang.
.
Mana satu pilihan anda?
.
A) Pokok Betik
B) Pokok Durian
C) Dua-dua sekali
.
#unittrustconsultant
#publicmutual



Saturday, September 24, 2016

RM 500,000 untuk belajar di Malaysia? Betul ke ni?




Cuba bayangkan kalau anak anda dapat tawaran belajar dengan yuran berjumlah RM 500,000 tanpa mendapat bantuan biasiswa dari mana-mana pihak. Sanggupkah anda untuk menanggungnya? Saya telah bertemu sendiri dengan pelajar asing belajar di Malaysia tanpa bantuan biasiswa, semua ditanggung oleh ibu bapa pelajar tersebut.
.
Selain menjadi Unit Trust Consultant Public Mutual, saya juga menyertai Uber Partner sebagai platform untuk bertemu prospek. Salah seorang Uber Rider yang pernah saya bawa adalah seorang pelajar dari Sri Lanka. Dia mengambil kursus perubatan dan sudah dalam tahun keempat. Tahun kelima dia akan belajar di Melbourne. Latar belakang keluarganya pula, bapanya seorang penyelidik dan ibunya pula seorang doktor di Sri Lanka.
Yang paling mengejutkan saya adalah yuran belajar sahaja berjumlah RM500,000. Ini belum campur kos tempat tinggal, dan lain-lain. Tanpa sebarang bantuan luar, ibu bapanya menanggung seluruh kos itu. Saya tak pasti pula sama ada menggunakan "loan" atau duit simpanan khas untuk belajar.
.
Timbul pertanyaan dalam hati saya, bagaimana dengan anak aku nanti?



Tuesday, August 23, 2016

Bagaimana hendak jadi Jutawan Senyap dengan melabur di Public Mutual?

Mesti ramai yang tertanya-tanya, boleh ke aku ada duit RM 1 Juta?

Agak-agak macam mana ye nak kumpul duit sebanyak tu dengan kerja makan gaji. Cukup bulan harimau mengaum.

Sedangkan sekarang pon ngam-ngam je, macam mana pulak nk simpan duit.

Sebenarnya, boleh, bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Langkah pertama, dan yang paling penting. Simpan dahulu, belanja kemudian. Bak kata orang kampung saya, save first, spend later.

Eh, boleh ke buat camni? Nanti kalau tak cukup makan macam mana. Tuan-tuan dan puan-puan, langkah ini telah dicuba dan diuji berjaya.

Konsepnya adalah, sekiranya kita dah simpan dahulu, baki duit kita akan jadi kurang sedikit, dan otak kita secara automatiknya akan mengawal kehendak kita. Sekiranya baki duit itu habis sekalipun, tak menjadi masalah sebab kita dah simpan awal-awal lagi. Cubalah untuk bulan depan dan insyaAllah anda akan lihat hasilmya.

Mesti anda tertanya-tanya, nak simpan berapa sebulan ye untuk jadi jutawan.

OK, di sini anda kena tanya diri anda dahulu, anda nak jadi jutawan pada anda umur berapa tahun?
45? 50? 55?


Contoh, pada umur 56 tahun, umur sekarang dan berapa banyak kena simpan setiap bulan

Sekiranya umur 25 tahun, hanya perlu menyimpan 675 sebulan untuk jadi jutawan pada umur 56 tahun, manakala umur 35 tahun, perlu menyimpan 1,652 untuk objektif yang sama. 

Mana saya boleh simpan duit sebanyak tu? Sekiranya tak jadi jutawan pon, setengah jutawan pon OK jugak kan? :)

Mulakan dengan jumlah yang selesa dahulu setiap bulan. Jangan bertangguh. Kalau ada bonus boleh top up sikit. Kalau ada kenaikan gaji boleh allocate 50-75% untuk tambah simpanan bulanan.

Langkah kedua adalah yang paling senang. Ikut plan asal anda. JANGAN usik simpanan ini. TUNGGU sehingga masanya. Umur 56 atau 1 Juta. Yang mana lebih awal. 

Nampak senangkan? Memang senang pon.

Lagipon pakai EPF pon boleh. Lagi senang tak payah pakai wang tunai.

:)

Semoga bermanfaat!!

Saturday, August 20, 2016

Pengalaman Encik Engineer dengan Public Mutual

Saya nak berkongsi pengembaraan saya bersama Public Mutual. Diharap semua pembaca akan dapat belajar serba sedikit dari pengalaman saya ini. InsyaAllah.



Saya bermula sebagai investor pada tahun 2010. Consultant saya adalah kawan saya. Itupun setelah dipaksa oleh dia. 😅😅😅
Syukurlah kawan saya paksa saya, kalau tidak saya tak tahu pon kebaikan invest dalam Public Mutual ni. Saya invest pakai EPF waktu tu. Saya serahkan bulat2 kat kawan saya. Tak ambil tahu pon apa yg berlaku. Setiap 3 bulan mmg alihkan dari EPF ke Public Mutual.

Patuh syariah ke Public Mutual ni? Kan under Public Bank? Saya ambil fund yg patuh syariah, di bawah pemantauan Securities Commission (SC). InsyaAllah lepas tanggungjawab kita mencari yg halal.

5 tahun berlalu, saya terpanggil untuk mencari formula untuk mengembangkan tabungan saya. Saya buat research (baca: pakai gugel jek) dan mendapati pengetahuan saya tentang pelaburan amatlah sedikit. Jadi saya berazam untuk menjadi Islamic Financial Planner (IFP) untuk kegunaan diri sendiri dan juga, insyaAllah berkongsi ilmu dgn org lain nanti. 

Tapi macam mana nak jadi IFP? Kena ada 3 tahun pengalaman dlm bidang kewangan dan kena belajar 6 module.  Macam mana engineer nak ada pengalaman yg mcm tu?

So, the easiest way is to be a unit trust consultant. Takkan nak jadi banker pulak kan? Hihi. 

So saya pon research pulak company mana yang paling best utk join sebagai consultant. Terjumpa satu blog yang mengenai macam mana nak jadi agen Public Mutual. Tanpa membuang masa, saya contact owner blog dan dia pon menghubungi saya. 

Alhamdulillah, saya telah menghubungi agency yang paling hebat di Public Mutual JB, JPlatinum diketuai oleh Kak Norlela. Setelah lulus CUTE exam pada August 2015, saya telah sah menjadi Public Mutual consultant.

Sebelum mengambil exam, saya telah belajar macam2 berkenaan pelaburan dan saya baru tahu kesalahan saya paling besar dalam kewangan. 
Jangan simpan duit dalam akaun simpanan, sebab semakin lama disimpan semakin kecil nilainya. Pulangan lebih kurang 1.5% setahun tak dapat menangkis inflasi 3-4% setahun. Basic knowledge ni pon saya tak tahu sebelum ni. 😅😅😅

Saya bermula dengan menguruskan pelaburan saya sendiri. Dan pada tahun 2016, saya telah menjadi full time Public Mutual UT & PRS consultant. Nak tahu apa benefitnya?

Opkos yg pertama sales commission. Ada sales, ada gaji. Gaji dibayar pada 7hb setiap bulan. Sikit atau banyak terpulang kepada usaha anda sendiri. Tapi jgn risau, di JPlatinum, ada ramai mentor2 yang membimbing, baik di Whatsapp group, FB group, weekly meeting, coaching session, dan macam2 lagi. 
Sekiranya tak tahu, cuma bertanya dan ramai yang akan menolong. 👍👍👍

Lagi best, ada percutian percuma. Opkos ada syarat2 nya la kan. Takkan senang2 aja nak bagi free. Ye dak? Tahun 2017 ada Barcelona, Seoul, dan Macao. Pilih sahaja yg mana berkenan dan berusahalah bersungguh2. Anda akan dilayan bagaikan selebriti ketika percutian percuma itu. Best kan? Duduk di hotel yang mewah, bukan hotel bajet kalau kita bercuti sendiri. Makan di tempat yang selebriti makan, dan byk lagi yang istimewa ketika percutian di bawah Public Mutual. 

Ada lg best tak? Ada. 😍😍😍. Kat Public Mutual ada career benefit. Apa tu career benefit? Senang cakap pencen. Sebab apa pencen ye? Sebab tak yah buat apa2, goyang kaki pon duit masuk. 

Career benefit dibayar setiap bulan di atas Asset Under Management (AUM). AUM ni adalah segala pelaburan yg diuruskan oleh agen. Selagi pelabur tak bawa keluar duit, selagi itu career benefit akan dibayar. 

Best ke best?

Sebahagian daripada keluarga besar Southern JPlatinum. 


Semoga semua pembaca dapat manfaat dari coretan saya ini. InsyaAllah. 
Newer Posts Home