Thursday, December 22, 2016

URUSAN SERI PADUKA BAGINDA




Sampai di rumah ada surat bertanda ' Urusan Seri Paduka Baginda'.
.
Alhamdulillah, bakal client memulangkan borang untuk membuat simpanan bulanan. Gembira rasanya dapat membantu bakal client untuk menyimpan dalam instrument patuh shariah.
.
Marilah semak diri sendiri
Akaun simpanan, shariah?
Akaun semasa, shariah?
Loan kereta, shariah?
Loan rumah, shariah?
Perlindungan, shariah? (Takaful?)
Kad credit, shariah?
Pelaburan, shariah?
.
“Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu.” (Al Baqarah: 278-279)
.
#ingatankepadadirisendiri



Sunday, December 11, 2016

TAKAFUL PERCUMA HANYA DENGAN MELABUR?




Ada ke orang yang tak suka benda percuma?
.
Saya ada tawaran istimewa, percuma perlindungan takaful sehingga RM 450,000 dengan hanya melabur RM150,000?
.
Bukan itu sahaja, percuma penulisan wasiat lagi!
.
Tak percaya?
Anda yang rugi
.
Tak nak?
Ramai lagi yang nak
.
Dah tahu?
Kenapa tak buat lagi
.
Tunggu tahun depan?
Saya tak rugi
.
Ismadi
UT & PRS Consultant
0172020306
.
#financialplanning
#unittrust



Tuesday, December 6, 2016

. MEE GORENG KEGEMARAN ISTERI TUAN IHSAN?




Mungkin kah? Yang pasti menjadi kegemaran isteri Tuan Ismadi. 😜😜😜
.
Mee goreng Mahbooba ini telah menjadi kegemaran saya juga sejak 2005. Ye lah, sejak berkenalan dengan isteri saya. 😍😍😍
.
Restoren Mahbooba ini terletak betul-betul di pekan Kapar. Memang lejen tahap dewa. Rasa yang sangat konsisten dan memukau selera.
.
Tapi saya bukan nk cerita pasal kesedapannya yang telah terbukti sejak dahulu lagi, saya nak share pasal harganya.
.
Pada 2005, mee goreng lejen ini hanya berharga RM2.50. Pada tahun 2016, RM4. Waaaa. 60% tu kenaikan untuk 11 tahun, 5.45% setahun.
.
Begitulah kesan inflasi terhadap hidup seharian kita. Itu baru pekan Kapar. Bagaimana pula di kota metropolitan? Sama kah 5.45% setahun?
.
Bayangkan bila kita berumur 55 tahun nanti, agaknya berapa ya harga mee goreng Mahbooba ni?
.
Sudahkah anda mempunyai simpanan persaraan yang cukup untuk hidup selesa selepas 55 tahun dan dapat menikmati lagi mee goreng Mahbooba ini?
.
Tips: Kalau nak beli kena tapau dalam kertas, macam dalam gambar. Kalau dalam bekas polisterin, rasanya tak best. Selamat mencuba!!
.
UT & PRS Consultant
Ismadi
0172020306
.
#tanyasaya
#nasihatkewanganpercuma
#isterituanihsan
#nakjugakhashtag
#naktapaukenatapausayapunyasekali



Monday, December 5, 2016

EMEL DARI PPA MALAYSIA?




Seperti biasa, membelek-belek handphone pagi-pagi selepas sarapan dan membaca emel dari PPA Malaysia tentang reminder untuk tax relief.
.
Apa itu PPA Malaysia?
PPA adalah Private Pension Administrator Malaysia, di mana PPA menjadi admin untuk PRS (Private Retirement Scheme). Tugas PPA adalah untuk mempromosi PRS, mengumpul data-data ahli PRS, dll.
.
Apa itu PRS?
PRS adalah Private Retirement Scheme, di mana mempunyai fungsi serupa seperti EPF, tetapi lebih flexible.
PRS menggalakkan semua orang menyimpan untuk persaraan.
.
Tahukah anda dengan gabungan EPF dan PRS anda boleh dapat lebih tax relief/deduction, sama ada anda adalah majikan ataupon pekerja?
Untuk pekerja up to RM9k dan untuk majikan up to 19%?
.
UT & PRS Consultant
Ismadi
0172020306
#tanyasaya
#nasihatkewanganpercuma



Thursday, December 1, 2016

ANDA TAKUT? BACA KISAH INI...




Saya bercuti di Langkawi selama beberapa hari dan sempat menaiki Langkawi SkyCab. Sebenarnya saya takut pada ketinggian, tapi melihatkan betapa ramainya orang yang berduyun-duyun menunggu giliran untuk naik SkyCab, kenapa saya perlu takut?
.
Ada cab yang mempunyai crystal floor. Oh, ni lah yang Nora Danish naik. Takpelah, bagi free pon tak nak. Hahaha.
.
Tiba giliran saya sekeluarga untuk naik, dan ada lagi seorang pelancong menyelit bersama-sama. Dia ambil pakej express lane. Lahir di US dan membesar di UK. Tips dia untuk hilangkan ketakutan adalah minum sebotol beer sebelum naik SkyCab. Hahahaha. Not for me.
.
Setelah agak tinggi, pemandangan sangat indah kelihatan dan sukar diungkapkan dengan kata-kata. Patutlah ramai orang berpusu-pusu menaiki SkyCab ini. 😍😍😍
.
Ini boleh disamakan dengan pelaburan dalam unit trust. Prospek yang belum pernah melabur dalam unit trust akan merasa takut, tetapi dalam masa yang sama ingin tahu kenapa berjuta-juta pelabur melabur dalam unit trust.
.
Apabila prospek bertukar menjadi pelabur, barulah tahu pahit manisnya pengalaman melabur dalam unit trust.
.
Unit Trust & PRS Consultant
Ismadi
0172020306
.
#publicmutual
#jplatinum
#committedtothejourney
#am2018