
Saya suka membeli barang online, terutamanya barang-barang elektronik. Sebab harga yang murah dan jimat masa tak payah nak keluar ke kedai.
Antara barang-barang yang saya pernah beli online adalah
-Handphones (termasuk yang saya pakai sekarang)
-Wifi Router
-Modem 4G USB
-Simkad special.
-Charging cable
-Buah tunjuk langit!!
-dan banyak lagi
.
Jadi, untuk jadi pembeli online yang bijak
.
1- APA yang anda nak beli?
Kena tahu secara terperinci,i.e. Model, specification, warna, etc.
Ini sangat penting kerana anda mungkin terpesong membeli barang yang anda tidak perlu.
.
2- SIAPA yang menjual?
Cari 3 penjual online yang memenuhi kehendak anda. Tak kisah la kat Lelong ke, Lazada ke, Mudah ke, blog ke, FB ke, Insta ke, dll
.
3- YANG mana satu?
Buat perbandingan dari segi feedback pembeli. Ini tersangat penting untuk mengelakkan tertipu. Sekiranya terdapat keraguan, terus berhubung dengan penjual untuk mendapat penjelasan
.
4- BAYAR dan TUNGGU
Apalagi, bayarlah dan beri details secukupnya. Fahami kaedah penghantaran. Jangan marah pada penjual sekiranya lambat sampai. Semak dengan syarikat penghantaran dahulu
.
5- BERI feedback
Ini juga penting. Setelah anda puas hati dengan barang yang dibeli, berilah feedback yang bagus kepada penjual. Semoga penjual mendapat lebih ramai pembeli dari feedback anda.
.
#pembelionlinetegar
#sokongpeniagaonline